Jumaat, 9 November 2012

USTAZ KAMARUDIN BIN HAJI SIDEK


USTAZ KAMARUDIN BIN HAJI SIDEK


Tarikh lahir : 26 Februari 1969
Tempat lahir : Kg Umbai Melaka
Ayah : Hj Sidek bin Said
Ibu : Hjh Fatimah bte Ibrahim
Isteri : Safina Bte Hashim
Bil. anak : 3 orang

a. Zarkasy
b. Zunaizah
c. Zajlatul Abidah

Pendidikan

a. Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda
b. Sekolah Menengah JAIM Bandar Merlimau
c. Madrasah An-Nuriah Ad-Diniah, Sg Udang Melaka
d. Madrasah Al-Bakriah, Pasir Tumboh Kelantan
e. Madrasah Al-Latifiah, Perak
f. Ma'ahad As-Somadiah, Yala Thailand
g. Universiti Al-Azhar ( Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah )

Komitmen dalam Masyarakat
a. Mantan Timbalan Pengerusi Surau Taman Bukit Tembakau
b. Mantan Bendahari badan kebajikan Penduduk Taman bukit Tembakau
c. Pengetua di Ma'ahad Ar-Rahmah di Solok Gaung, Ayer Molek Melaka

Komitmen dalam Parti
a.Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka

b.Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin 
c. Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka
d. Mantan Ketua PAS Cawangan Bukit Tembakau
e. Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin


Ringkasan 



Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek, adalah anak kepada pasangan Haji Sidek bin Said dan Hajjah Fatimah bte Ibrahim. Dilahirkan dalam linkungan keluarga yang sederhana dan berpegang kuat dengan agama. Ayah beliau seorang veteran Parti Islam SeMalaysia (PAS)yang cukup dikenali dan disanjung masyarakat setempat. 


Memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda Umbai dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama JAIM Bandar Merlimau (Ma'ahad As-Sayidah Khadijah) dan meneruskan kelangsungan pendidikan agama dibeberapa madrasah antaranya Ma'ahad An-Nuriah Ad Diniah, Sungai Udang Melaka, Madrasah Al-Bakriah Kelantan, Madrasah Al-Latifah Perak, Madrasah As-Somadiah Yala Thailand dan seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Perundangan di Universiti Al-Azhar Mesir. 

Setelah tamat pengajian di Universiti tertua di dunia, beliau telah mula berkhidmat sebagai guru di Ma'ahad Ar-Rahmah Ayer Molek Melaka dan kini menjawat jawatan sebagai pengetua.

Atas rasa cinta dan kasih kepada ilmu, beliau terus mencurahkan bakti dan memerah keringat saban malam menyampaikan kuliah di surau-surau seluruh negeri.

 Ketokohannya mula terserlah semenjak dialam persekolahan lagi dari segi kepimpinan, berpidato dan sebagainya. Ilmu yang dicurahkan oleh beliau bukanlah berkisar di dalam negeri sahaja bahkan beliau seringkali diundang untuk menyampaikan ilmu diluar negeri Melaka seperti di Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Komitmen dengan masyarakat setempat juga tidak dilupakan. Sebagai yang pernah menjadi calon PAS untuk dua penggal (2004 dan 2008) mewakili golongan pemuda, beliau suka untuk mengajak rakyat memikirkan besarnya peranan pembangkang dalam kerajaan.


"Yang kita lakukan adalah untuk membetulkan kesilapan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan BN. Inilah peranan sebenar pembangkang dalam sistem demokrasi berparlimen demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan serta keselamatan rakyat. Terbukti kata beliau, banyak isu-isu yang diperjuangkan pembangkang akan diambil perhatian juga oleh pihak kerajaan.